Halaman Utama

LATARBELAKANG

EKSA 5S telah diamalkan di sektor kerajaan untuk mewujudkan persekitaran tempat kerja yang selesa, kemas dan selamat. Amalan ini dapat mewujudkan persekitaran kerja yang berkualiti secara sistematik dan praktikal, dan dengan itu mengurangkan pembaziran dari segi masa, ruang dan sebagainya, justeru menjimatkan kos operasi.

KONSEP 5S DALAM EKSA

5S merupakan istilah asal dalam Bahasa Jepun, yang jika diterjemahkan ke Bahasa Melayu dan Bahasa Inggeris akan membawa maksud seperti yang dinyatakan di dalam jadual di bawah:


Bahasa Jepun
Bahasa Malaysia
Bahasa Inggeris
Maksud
Contoh
Seiri
Sisih
Sort
Menyisih barang-barang yang tidak perlu.Mengasingkan dan melupuskan barang-barang yang tidak diperlukan di tempat kerja secara sistematik
Membuang sampah
Seiton
Susun
Set in Order
Kekemasan: Menyusun barang-
barang yang diperlukan secara kemas dan sistematik supaya
mudah diambil dan dikembalikan di tempat asal selepas digunakan.
Mencapai dokumen dalam
tempoh 30 saat.
Seiso
Sapu
Shine
Pembersihan: Membersihkan dan
memeriksa tempat kerja secara
terperinci supaya tiada debu atau
kotoran di atas lantai, peralatan dan
persekitaran tempat kerja.
Tanggungjawab
harian untuk
pembersihan
ruang dan
peralatan kerja
individu.
Seiketsu
Seragam
Standardise
Keseragaman: Mewujudkan
piawaian amalan terbaik di tempat
kerja dan memastikan piawaian
tersebut dipatuhi di samping
memastikan tempat kerja itu bersih
dan teratur sepanjang masa.
Tempat
penyimpanan
peralatan dan
dokumen yang
jelas.
Shitsuke
Sentiasa
Amal
Sustain
Disiplin: Melatih pekerja untuk mengamal sistem Amalan 5S
secara berterusan supaya menjadi
tabiat dan budaya kerja organisasi.
Lakukan Amalan
5S secara harian.



PRINSIP EKSA

1.Go Green
    Reduce (mengurangi), Reuse (guna semula) dan Recycle (kitar semula)


2. Penjimatan Tenaga





3. 5S









VISI
Persekitaran Kondusif ,Insan Terdidik ,Warga Sejahtera

MISI
Melestarikan Ekosistem Kondusif Bertujuan Memberi Perkhidmatan Berkualiti Kepada Pelanggan

POLISI

1.        1. Meningkatkan tahap penyampaian, imej dan budaya inovasi bagi warga Jabatan Pendidikan    Negeri Terengganu.

2.        2. Menjadikan amalan EKSA sebagai budaya kerja seharian dalam memenuhi kepuasan pelanggan dan kepuasan bekerja.

OBJEKTIF EKSA

1.         1. Menambahbaik sistem dan carta alir kerja bagi mengurangkan kos perbelanjaan di jabatan 
                dan seterusnya memenuhi kehendak pelanggan.

2.         2. Memupuk semangat kerja berpasukan dan nilai-nilai murni antara warga jabatan dan ‘esprit     de corps’.

3.         3. Mewujudkan persekitaran tempat kerja yang lebih bersih, selesa,teratur, ceria dan selamat.

4.         4. Memberikan perangsang dan motivasi kepada warga jabatan dalam mencapai kepuasan         bekerja.


LOGO



Direkabentuk oleh Pn. Raimi Munirah bt Ramli (Penolong Pegawai Teknologi Maklumat, SICT)


SLOGAN
“PERSEKITARAN BERKUALITI TERAS KECEMERLANGAN”


PENUBUHAN ZON EKSA  DI JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU

Tujuan pewujudan zon EKSA adalah untuk memudahkan pelaksanaan dan pengawasan amalan EKSA. Senarai 9 zon yang terlibat di dalam pelaksanaan EKSA di bawah JPNT ialah:

BIL
NAMA ZON
SEKTOR
1
Zon Cyber Green
Sektor Khidmat Pengurusan Dan Pembangunan (SK2P)
2
Zon Gold
Sektor Jaminan Kualiti (SJQ)
3
Zon Dark Green
Sektor Pendidikan Islam (SPI)
4
Zon Dark Blue
Sektor Pendidikan Swasta & Pendidikan Khas (SPSPK) 
5
Zon Red
Sektor Pengurusan Pembangunan Kemanusiaan (SPPK)
6
Zon Cyber Orange 
Sektor Pengurusan Maklumat Dan ICT (SICT)
7
Zon Cyber Yellow
Sektor Pengurusan Sekolah (SPS)
8
Zon Cyber Red
Sektor Penilaian Dan Peperiksaan (SPP)
9
Zon Purple Violet
Sektor Pengurusan Akademik (SPA) dan Sektor Psikologi & Kaunseling (SPsK)